perpisahan 1000 makna

bismillah..
aku hanya seorang insan kerdil,
diawal usiaku aku juga seperti orang lain,
kini,
aku sudah meningkat ke alam remaja,
banyak pengalaman yang aku peroleh sepanjang umur hidupku,
walaubagaimanapun,
aku tahu,
masih banyak lagi yang aku belum tahu,
sekolahku;MTAQ,
adalah sebuah maahad tahfiz yg amat memegang prinsip islam,
sebelum bersekolah di situ,
aku menerima didikan awal di sra Al-munir,
di situlah medan perjuangan pertamaku,
di situlah tepat aku mengenal abjad dan nombor,
di situlah aku mula mengenal erti kehidupan,
walaubagaimanapun,
6 tahun aku di situ dirasa seperti sekelip mata,
aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakan,
aku terpaksa berpisah dengan guru-guru,
aku terpaksa berpisah dengan sebuah madrasah yg bernama "AL-MUNIR",
di situlah tempat aku menemui seribu satu perpisahan,
berat yang amat sangat untuk aku melaluinya,
kini,
aku dan rakan2 membawa hala tuju masing-masing,
setelah ditarbiyah oleh guru2 di sekolah rendah,
tetapi,
sehingga sekarang aku masih tertanya-tanya,
sudah cukupkah tarbiyah yang diterima?
sudah kukuhkah iman yg ada?
sudah bersediakah sebenarnya kami untuk ke alam yang lain?
sedangkan,
bermacam jenis budaya dan ujian yang menanti di luar sana,
aku amat risau-khuatir,
dalam ramai antara kami,
pasti ada yang jatuh tersungkur,
oleh itu ya Allah,
Kau kuatkanlah iman kami,
Kau tabahkanlah hati kami,
Kau selamatkanlah kami dari segala jenis gejala akhir zaman ini,
amin,..
aku banyak mendengar kahbar dari rakan2,
bahawa masing-masing telah memilih sekolah yg mereka sukai,
tetapi aku,
sekolah ku nun jauh di pantai timur,
setiap kali aku ingin kembali ke sana,
lebuhraya timur barat akan aku lalui,
kawasan tertinggi banaran titiwangsa akan aku rentasi,
2 buah negeri akan aku lalui,
untuk menuntut ilmu,
untuk menimba pengalaman,
untuk mencapai kejayaan,
dari itu ya Allah,
kami memohon kepada-Mu,
kau berkatilah usaha ilmu kami,
kau bantulah kami ketika kami di dalam kesusahan,
Ya Allah,
janganlah engkau membiarkan antara kami yg goyah imanya,
yg rosak akhlaknya,
yg lari aqidahnya,
kau timbulkanlah rasa takwa di dalam hati hati kami,
sesungguhnya engkau maha mendengar lagi maha melihat,
aku menadah tangan di sini Ya Allah,
ingin menuntut janji-Mu di dalam surah Ghaafir ayat 60,
kau makbulkanlah doa ini Ya Allah..
amin...


dari


SEKOLAHKU


ke



ya Rab, berkatilah ilmuku

ana d kelantan

assalamualaikum..

salam pertemuan kepada semua pembaca blog ini..tahniah kepada rakan-rakan yang bakal menerima hadiah pada hari ini..walaubagaimanapun, ana dan faiz tidak dapat menghadiri majlis tersebut. rindu yang teramat dapat dirasakan kepada semua sahabat seperjuangan..

masih ramai belum tahu ana memasuki sekolah mana..sebenarnya ana sedang belajar di maahad tahfiz al-quran wal qiraat (MTAQ) di kelantan..memang seronok dapat belajar di sebuah negeri di bawah pimpinan islamiah yang adil..ana belajar di sekolah yang sama dengan faiz husaini.. nukilan ana dari kota bharu tidak dapat dipanjangkan lagi atas sebab kesuntukan masa..harap dapat sampaikan salam kepada semua guru-guru di al-munir..

assalamualaikum

Bermulanye musim sekolah......

Sori sangat2 sebab lambat tulis.....lately nie sibuk sangat....mesti semua orang boring sebab musim sekolah telah bermula.....Ade yang pergi asrama......ade yang x nak pergi asrama......Tapi sekolah yang laen.....Tapi........Aku.....Kat Sri Perak je...sedihnye.....selalunye orang yang dapat 5A dapat gi sekolah asrama penuh.....tapi.....aku x....aku mengucapkan tahniah kepada orang yang dapat gi ke sekolah yang berasrama penuh dan maahad tahfiz.....ahhh.....boringnye.....nasib baek budak2 kat situ baek....syok giler....cikgu2 pun baek.....kelakar lak tu....aku masuk KAA......selamat....setakat nie saje la......

YA ALLAH, INIKAH CUBAAN UNTUK KU??BERATNYA!!

mengapa aku begitu resah untuk ke sekolah menengah?
itulah soalan yang bersarang di hatiku sekian lama
soalan itu mudah tetapi jawapannya begitu merumitkan
kini,
aku telah mendapat tawaran untuk ke Kelantan
sekolah itu memang menjadi impianku
namun,
hatiku masih belum terbuka luas untuk ke sana
siang malam hatiku berbalah
aku jua tidak tahu mengapa
aku wajib pergi ke sana bagi menuntut ilmu
aku perlu ke sana bagi mencapai cita-citaku
namun,
adakah aku sudah bersedia?

setiap kali aku mahu ke sana,..
perjalanannya juga begitu panjang,
2-3 kali tidur,
masih belum tiba,
puas berada di dalam kereta,
malaui lebuhraya timur-barat,
merentasi kawasan banjaran titiwangsa,

tabahkah aku dalam menghadapi dugaan seperti ini,
cita-citaku,
ingin menjadi seorang pendakwah,
sebahagian dari tugas tersebut telah aku lalui,
aku menggunakan myspace,
friendster,
dan facebook sebagai jalan mendakwah,
namun,
tidak semudah yang aku sangkakan,
aku menndapat tentangan kuat dari pelbagai pihak,
gelaran seperti,
'babi di internet',
ulama' hancur,
ustaz sesat sudah,
dan banyak lagi gelaran yang amat mengaibkan,

namun,
aku sedar,
rasulullah lebih kuat tentangan yg diterima,
mungkin juga kerana kesilapan diriku sendiri...

"YA ALLAH,
HIDAYAH ITU MILIMU,
AKU TIDAK BOLEH MEMBERIKANNYA KEPADA SESIAPA,
ENGKAU SAJALAH TEMPAT KU MENGADU,
AKU MEMOHON KEPDA-MU
KAU TABAHKANLAH HATIKU,
TEGUHKANLAH IMANKU,
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA BERKUASA,
AMIN...

Ku Mahu Engkau Semua Tahu

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati kawan2 kita namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambar kita semua dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti persahabatan ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

sajak buat 6 k

6 IBNU KHALDUN...

Buat seorang teman,
Bermula sebuah pertemuan
terjalinnya sebuah ikatan
Tercipta seribu kenangan
Dan kini hadirnya perpisahan
Menguji keutuhan dan kesetiaan
Dalam menjalin persahabatan
Lantaran itu,belajarlah
Menghargai sebuah kenangan
kerana ini hanya wujud dalam ingatan
dan tidak mungkin kan berulang lagi
malah tiada siapa bisa merubahnya
itu realiti...sebuah persahabatan yang sejati
pasti akan membawa kerinduan yang abadi.

BERDIALOGLAH DENGAN DIRI ANDA KETIKA ENGKAU DILANDA MASALAH

KENAPA UNIAN SEBERAT INI??
"ALLAH x membebani seseorang itu meLainkan dgn kesanggupan nya"(al-BaQaraH:286)

RASA FRUST??
"janganlah kamu bersikap lemah & dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu adalah antara org yang beriman (al-iMran:139)

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA??
"dan mintalah pertolongan bengan jalan yanng sabar & dan mengerjakan solat & sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yg khusyuk di dalam menjalaninya"(al-baQarAh:45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??
"sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka" (at-taUbah:111)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN!!
"dan, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.. sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan mereka yang kafir atau kufur" (yuSuf:87)

saHabat ... teguhkan imanmu..tabahkan hatimu.. saLam ukHwaH dariku kerana Allah,,, =)