YA ALLAH, INIKAH CUBAAN UNTUK KU??BERATNYA!!

mengapa aku begitu resah untuk ke sekolah menengah?
itulah soalan yang bersarang di hatiku sekian lama
soalan itu mudah tetapi jawapannya begitu merumitkan
kini,
aku telah mendapat tawaran untuk ke Kelantan
sekolah itu memang menjadi impianku
namun,
hatiku masih belum terbuka luas untuk ke sana
siang malam hatiku berbalah
aku jua tidak tahu mengapa
aku wajib pergi ke sana bagi menuntut ilmu
aku perlu ke sana bagi mencapai cita-citaku
namun,
adakah aku sudah bersedia?

setiap kali aku mahu ke sana,..
perjalanannya juga begitu panjang,
2-3 kali tidur,
masih belum tiba,
puas berada di dalam kereta,
malaui lebuhraya timur-barat,
merentasi kawasan banjaran titiwangsa,

tabahkah aku dalam menghadapi dugaan seperti ini,
cita-citaku,
ingin menjadi seorang pendakwah,
sebahagian dari tugas tersebut telah aku lalui,
aku menggunakan myspace,
friendster,
dan facebook sebagai jalan mendakwah,
namun,
tidak semudah yang aku sangkakan,
aku menndapat tentangan kuat dari pelbagai pihak,
gelaran seperti,
'babi di internet',
ulama' hancur,
ustaz sesat sudah,
dan banyak lagi gelaran yang amat mengaibkan,

namun,
aku sedar,
rasulullah lebih kuat tentangan yg diterima,
mungkin juga kerana kesilapan diriku sendiri...

"YA ALLAH,
HIDAYAH ITU MILIMU,
AKU TIDAK BOLEH MEMBERIKANNYA KEPADA SESIAPA,
ENGKAU SAJALAH TEMPAT KU MENGADU,
AKU MEMOHON KEPDA-MU
KAU TABAHKANLAH HATIKU,
TEGUHKANLAH IMANKU,
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA BERKUASA,
AMIN...

Ku Mahu Engkau Semua Tahu

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati kawan2 kita namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambar kita semua dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti persahabatan ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

sajak buat 6 k

6 IBNU KHALDUN...

Buat seorang teman,
Bermula sebuah pertemuan
terjalinnya sebuah ikatan
Tercipta seribu kenangan
Dan kini hadirnya perpisahan
Menguji keutuhan dan kesetiaan
Dalam menjalin persahabatan
Lantaran itu,belajarlah
Menghargai sebuah kenangan
kerana ini hanya wujud dalam ingatan
dan tidak mungkin kan berulang lagi
malah tiada siapa bisa merubahnya
itu realiti...sebuah persahabatan yang sejati
pasti akan membawa kerinduan yang abadi.

BERDIALOGLAH DENGAN DIRI ANDA KETIKA ENGKAU DILANDA MASALAH

KENAPA UNIAN SEBERAT INI??
"ALLAH x membebani seseorang itu meLainkan dgn kesanggupan nya"(al-BaQaraH:286)

RASA FRUST??
"janganlah kamu bersikap lemah & dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu adalah antara org yang beriman (al-iMran:139)

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA??
"dan mintalah pertolongan bengan jalan yanng sabar & dan mengerjakan solat & sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yg khusyuk di dalam menjalaninya"(al-baQarAh:45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??
"sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang mukmin, diri, harta mereka dgn memberikan syurga utk mereka" (at-taUbah:111)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN!!
"dan, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.. sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan mereka yang kafir atau kufur" (yuSuf:87)

saHabat ... teguhkan imanmu..tabahkan hatimu.. saLam ukHwaH dariku kerana Allah,,, =)

KHAZINATUL ASRAR 97

jam yang melekat di dinding rumah aku tapat menunjukkan pukul 10:00 malam..adik beradik aku sudah hampir melelapkan mata menyambut mimipi yang bakal hadir..aku membuka lap top lalu melayari blog rakan2...kemudian, tanganku menekan papan kekunci lalu membuka laman myspace..ade satu 'mail' masuk..aku membuka peti tersebut..rupanya itu adalah satu berita ringkas dari seorang teman sekelas...mesej itu ringkas..

rupa-rupanya sahabat tu dah ade blog sendiri..aku pun terus bukak alamat yang diberi....

wow!!

aku terkejut dengan tajuk-tajuk yang ditulis di dalam blog itu..sungguh ilmiah..sesuai untuk semua rakan-rakan tahun 6..aku tertarik dengan beberapa tajuk..sepintas lalu, aku membaca artikel yang bertajuk " surat dari anak mak yang dah x nakal"..aku membacanya..huh, memang menginsafkan..kemudian, aku melihat lagi tajuk-tajuk yang menarik..hatiku tertarik dengan artikel yang bertajuk " surat buat sahabatku"..aku membacanya..bahasanya sungguh indah.aku seperti tidak percaya dengan kalimah yang indah..inilah hasil dari didikan Cikgu Saadah..surat itu amat mendalam maknanya..madah-madah nya mengembalikan memori yang indah ketika aku dan rakan-rakan berada di bangku sekolah rendah..aku semakin sebak membacanya..akhrnya, air mata yang sudah lama dikepung keluar melimpah membasahi pipi..hatiku separuh berbisik:

teman,
sudahlah,
janganlah engkau bersusah payah menyusun madah yang hanya menembalikan memori kita,
semuanya hanya membuatkan kita menangis,
sudah kering air mata ini,
mengalir tanpa henti,
disebabkan perpisahan yang berlaku,
sudahlah,
sudahlah,
sudahlah..!!!

akhirnya aku tidak tahan lagi..air mata mengalir tanpa henti..aku terus menutup lap top dan terus melelapkan mata..segala memori dengan sahabat-sahabat datang kembali dan terus bersarang di benak hati..kalau saudara-saudara ingin membaca blog sahabat yang ana katakan itu bolehlah klik di sini:

khazinatul asrar

namanya ana rahsiakan di sini..dengan ini juga kelab Al-Munir Bloggers United ditambah satu lagi...sekian..wassalam

ERTI SATU PESAHABATAN..

persahabatan adalah sesuatu ukhwah,
ianya terpulang kepada kita sama ada ingin menyuburkannya atau tidak,
lumrah satu persahabatan;
terguris,terhiris,
ianya hanya ujian yang menguji perasaan,
bukan suatu halangan untuk terus bermahabbah sesama insan,
bukan satu perosak ukhwah,
hadapilah dengan iman yang tabah,
suburkan dengan betmaaf-maafan,
sematkan dengan doa-mendoakan,
semoga persahabatan itu boleh menjadi syafaat,
di mahkamah mahsyar kelak,
tiada sesiapa boleh membantu,
di saat-saat semua manusia tercari-cari tempat perlindungan,
Allah menyeru 7 golongan,
antaranya ialah pemuda2 yang saling berukhwah kerana-Nya,
begitulah sabda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,
jadi,
hargailah persahabatn ini,
sesungguhnya ia adalah kurniaan Yang Maha Esa..

created by:
azamuddin & his friend,
nazim

tahun 6

Sekarang sudah hampir bulan 7..UPSR bakal tiba...takutnye.....aku rase macam tak nak je amik UPSR..walaupun dah bulan tujuh..aku rase baru je 3 bulan aku belajar..Banyak benda yang aku lalui mase tu.......ade kawan aku yang nak jadi gila pasal nie......ade orang give up sebab otak deme x mau masuk dah mase tu.....aku pun macam tu........sedih aku dibuatnye.....nie baru je UPSR kalo periksa yang laen macam mane??????aku pun x tau kalo aku dah besar nanti macam mane.......malas nak cite tentang nie........Setiap malam....aku mesti belajar....kalo x belajar pun aku dipakse baca buku......nak buat macam mane,kan....pekse lagi 2 bulan je lagi.....susah nak dikate.....sebelum perikse.....aku macam nak jadi gile la kalo macam nie......risau aku dibuatnye.....hari makin hari.......UPSR makin tiba....aku,kawan2,ibu bapa dan guru2 sangat risaukan kami.....sebab kami nie macam orang yang nak perikse tapi jauh lagi.......asyik maen dan berseronok jew.......tapi best jugak sebab boleh release tension yang aku pikul mase tu......emmmmm......macam mane ye.....UPSR minggu depan.....aku dan kawan2 menderita sangat mase tu.......nak online ke nak buat blog ke.....nak maen ke........nak berseronok ke.....semua tak boleh......betapa kecewanya hatiku untuk menjawab perikse UPSR dengan gembire.........HARI UPSR......Pagi2 tu aku bangun seperti biase,aku mandi,sembahyang dan bersiap sedia untuk menjawab UPSR......malas betul nak pergi jawab perikse nie......aku sampai kat sekolah pada pukul 7 pagi.....aku tengok kat kelas aku dah ramai orang yang berada di kelas.....ade segelintir orang yang berada di kelas aku rase takut nak jawab perikse........huuuaaaaaaaa...........lepas tu aku berkumpul dengan kawan2 untuk pergi menjawab UPSR di SK SERI SETIA.........mula2 USTAZ Suhaimi bercakap sepatah dua dan membacakan doa.......lepas tu.....kami pun naik bas.....sebaik je tiba di sane......kami diarah berbaris di tepi bas......kami pun berbaris la.....setelah beberapa minit.....kami diarah masuk ke dalam sekolah itu.....nervous gile........kami melihat budak2 seri setia.....ade orang kate ade budak yang kerek dan poyo........bengang betul dengan budak2 di sane.....rase macam nak belasah dengan bagi BOOO je deme.......Lantak la.....aku nak jawab perikse bukannye nak cari gaduh.....Hari akhir UPSR.......woooo........aku gembire giler sebab aku nak abis UPSR....mase nak balik.......aku berlompat-lompat sebab aku dah abis UPSR.....wooooooooohoooooooo...........yeeeaaaahhhhhh.....leps abis UPSR.....aku kene belajar lagi subjek agama.......sedih giler....baru je nak rileksss....dah kene belajar balek........tidak......aku tak nak.....aku kesian tengok guru2......seksenye cikgu aku nak ajar kawa2 aku nie......cikgu aku nak giveup je....sebab cikgu aku mengajar kami macam ajar benda je..........belajar tak nak......dengar cakap tak nak.......susah betul........Hujung bulan sepuluh.....aku dan kawan2 menyertai rombongan.......rombongan itu membawa kami ke melaka......di situ...banyak benda yang kami pelajari........mase dalam bas......mase aku tido.........malas nak citer......sekarang mase nak ambil keputusan UPSR......aku berdebar2 giler mase nak ambil keputusan.....mase cikgu umumkan 9 orang yang dapat 5A....aku tertanya-tanya bile mase aku nak ambil keputusan nie....tiba-tiba..........namaku dinobatkan sebagai orang yang mendapat 5A.......aku gembire giler mase aku dapat 5A....mase aku duduk,aku tak dapattahan air mataku......air mata gembira mengalir.......lepas tu kiteorang sujud syukur kepada ALLAH sebab telah memberi peluang kepada kami untuk mencapai kejayaan.......mase kat surau pulak .....ustaz borhan memanggil budak yang mendapat 5A untuk memberikan tips2 untuk berjaya......mula2 ustaz panggil faiz....lepas tu ustaz memanggil name aku......tidak......aku tak tau nak bagi tips untuk berjaya.....bile aku mule je bercakap.....semua orang gelak.......nasib baek la aku tak malu sangat......keesokan harinye.....semua orang tak gembire macam selalu.....sebab mereka nak berpisah.....betapa hancurnya hatiku bile aku nak berpisah dengan kawan2,guru,sekolah dan status aku sebagai murid SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-MUNIR......nie lah mase aku tangkap gambar mase pertama kami nak berpisah....nak tengok ke gambarnye???nie gambar1,mungkin tak jelas.....tapi tak pe la.....

Nie pulak gambar yang kedua,yang nie jelas sikit...


nie lah saat2 akhir kiteorang tangkap gambar......lepas tu air mataku keluar......air mata mengalir sampailah wak subari datang nak ambil aku untuk balek ke rumah.....macam tu lah citer mase aku berada di Tahun 6.......segala pahit manis di dalam tahun 6,aku simpan kenangan tu dalam memori dan ingatan aku........SELAMAT TINGGAL TAHUN 6,KAWAN2,GURU2,SEKOLAH DAN AKU.....mase aku berada dalam sekolah dan tahun 2009......BYE.......

reunion

Dear freind,

aku harap anda semua boleh hadir ke al-munir bagi majlis temu semula pada hari raya kelima tahun hadapan.aku harp semua contact balik geng lama kita.teacher zaa pun aku akan jemput.see you soon.salamualaikum..

KAMI MAHU LAGI BLOGGERS

assalamualaikum..

saya ingin menyatakan hasrat saya bagi melihat lebih ramai lagi bloggers dari al-munir..harapan ini timbul apabila saya melihat keadaan murid tahun6 yang sudah berpisah..jadi, apabila ada blog, rakan-rakan seperjuangan dapat mengetahui keadaan kita sendiri..jadi, persahabatan kita akan bertahan lebih lama lagi..saya merayu kepada semua pelajar al-munir agar tidak keberatan membuat blog sendiri..setiap catatan yang baik akan dimasukkan ke dalam blog al-munir ini..jikalau sadara ingin membuat catatan di blog ini, bolehlah menghubungi saya atau faiz husaini sendiri..antara blog pelajar-pelajar Al-Munir yang sudah tersedia kemas setakat ini ialah:

# http://hokage97.blogspot.com/ faiz

# http://ehsan97.blogspot.com/ ehsan


# http://saudaraiman.blogspot.com/ azam


# http://cutelittlesis.blogspot.com/ ainun


# http://cintaislamiyah.blogspot.com/ hazim


#http://detectivefahmi.blogspot.com
UNTUK BLOG PELAJAR TAHUN 3:

@ http://rentakku.blogspot.com/ asyraf


@ http://fauzan20.blogspot.com/ fauzan


@ http://zuhdi20.blogspot.com/ zuhdi


sekarang baru ada sembilan orang..kalau boleh saya target 20 orang..boleh ke??kepada "hambaallah" ape tunggu lagi??kalau dah buat buat link kat ruang komen..guru-guru juga berharap agar lebih ramai lagi bloggers al munir..kelab blogger ini telah dicadangkan namanya iaitu -AL-MUNIR BLOGGERS UNITED-.. wassalam


TANGISAN 20 SEPTEMBER MEMBANJIRI AL-MUNIR

tiupan bayu pagi dapat dirasakan walaupun perlahan..aku menyandang beg sekolah dan terus masuk ke dalam kereta..ibu menghantar aku ke Taman Manik..memang sudah menjadi kebiasaan aku akan menuggu bas di situ. Selang beberapa minit, bas yang dipandu oleh ust irwan sampai di T. Manik..aku mengambil tempat paling belakang dan disebelah tingkapbas..

aku membuka jendela bas, lalu aku memikirkan sesuatu..aku sudah maklum bahawa hari itu adalah hari terakhir persekolahan aku.. aku teringat kembali akan memori indah di awal tahun..aku dan rakan-rakan bergembira dan berseronok..lamunan aku itu menitiskan air mata yang membasahi pipi..aku sedar perkara semanis itu tidak akan lagi aku lalui sepanjang hidup aku lagi..aku mengesat air mata yang mengalir supaya tidak disedari oleh pelajar-pelajar yang lain..nanti fitnah jadinya..kau tersedar dari alam kesedihan aku apabila bas sampai di sekolah..aku menuruni tangga bas dengan berhati-hati agar aku tidak tumbang di situ..aku disambut gembira oleh rakan-rakan baikku..wajah manis ceria mereka terpahat kekal di dalam ingatanku..aku sedar,inilah kali terakhir mereka menyambut aku dipintu bas..aku meletakkan beg yang disandang lama di atas kerusi..aku bangkit menuju ke arah sahabat baikku naufal..kelihatan dia sedang berbual mesra dengan temannya..salam aku dahului..

selang beberapa jam....

jam tangan ku tepat menunjukkan pukul 11:45 pagi..sesi persekolahan akan tamat jam 12:00 tengah hari..ini membawa natijah bahawa semakin singkatlah saat-saat aku bersama rakan-rakan..aku tidak sanggup meninggalkan mereka..setelah lama kami berkenalan, seperti ada ukhwah yang kuat telah terbina..kami membuat sesi menangkap gambar..setelah itu, loceng jam sekolah berbunyi menandakan telah tamatnya sesi persekolahan buat kami..kami saling meminta maaf..rasa sebak menyelubungi setiap nurani..air mata tidak sabar lagi hendak lagi melimpah keluar..inilah saat-saat akhir aku dan rakan-rakan untuk bersama..aku tidak sanggup meninggalkan mereka..satu demi satu tangan sahabat ku aku salami..terasa seperti tidak mahu melepaskan mereka..aku sedar, aku tidak mampu melangkah ke alamremaja sedirian..aku bersalam dan berpelukan dengan seorang sahabat akrab bernama faiz..kami saling menukar maaf..aku telah banyak melakukan kesakahan dengan mereka..aku memandang berat kelas ku buat kali yang terakhir..aku tidak sanggup meninggalkan segalanya..mengapa perlunya adanya perpisaha Ya Allah??..setiap wajah rakan-rakan aku tatap buat kali yang terakhir..sinar harapan cerah..aku harap mereka tidak lalai dengan kehidupan duniawi..

ARGHHH!!!! tangisan aku teresak-esak di dalam hati..entah kenapa..mungkin Allah ta'ala tidak mahu aku menzahirkan segalanya..sebelum menaiki tangga bas, aku menatap sekali lagi bangunan yang bernama SEKOLAH RENDAH AL-MUNIR..rasa berat ingin meninggalkannya..sekolah inilah yang telah mengenalkan ku segalanya..daripada A, B, C sehingga sebuah karangan yang indah bahasanya..aku tidak mampu meninggalkan alam persekolahan ini..setelah begitu lama...akhirnya kita berpisah jua..

segala-gala memori indah dan pahit ku kembali ketika aku berada di dalam bas..aku teringatkan ketika hari pertama aku ke sekolah..air mata yang susah dikepung akhirnya keluar melimpah.aku berdoa sendirian..

YA ALLAH!!SETIAP BENDA ITU TIDAK AKAN KEKAL SELAMANYA..OLEH ITU, KAU JADIKANLAH PERPISAHAN INI BERSIFAT SEMENTARA..AKU TIDAK MAMPU MENUJU KE HARI LAIN TANPA SAHABAT-SAHABAT AKU INI YA ALLAH!!MEREKA MEMBIMBING AKU KE JALAN YANG BETUL YA ALLAH..MAMPUKAH AKU MELANGKA KE HARI YANG LAIN TENPA MEREKA??MEREKA SENTIASA BERSARANG DI FIKIRAN KU..TERLALU BERAT UNTUK AKU MELEPASKAN MEREKA..TEMUKANLAH KAMI KEMBALI..JIKA TIDAK DI BUMI INI, TEMUKANLAH KAMI DI JANNATUL FIRDAUS...amin..

Kawan... apalah yang kau kesalkan
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
kerna kebenaran dihina
jangan kau ragu dalam perjuangan
Kadang-kadang kawan jadi lawan
kadang-kadang lawan jadi kawan
apalah disedihkan hati
para pejuang selalu kekurangan
Jangan sedih selalu tersisih
bukan kau saja ditimpa malang
lihatlah para Rasul mulia
lebih tersiksa dan menderita
Tetapi mereka merasai ramai
walaupun keseorangan
mereka memadai dengan Tuhannya
itulah kebahagiaan di waktu sempit seorang diri
kawan apalah disedihkan hati...
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa...

nasihat

Tangisan mengiringi perpisahan.sejak daripada pagi sayup mendung bagai memberi penghormatan terakhir kepada kami.Nasihat saya hanya satu,sudah-sudah lah bercinta.bercinta takkan kemana.bukan kah cinta itu mendorong kepada zina.qolallahu taa`la fil kitabul azim:-

"WALA TAQRABUZZINA"

saya harap pihak lelaki dan perempuan faham.sekian.

LA' TAHZAN

assalamualaikum...

selepas keputusan UPSR dikeluarkan, saya melihat ada beberapa orang pelajar 6 K yang bersedih terutama kepada pelajar perempuan..percayalah, Allah telah memberikan yang terbaik kepada kita.dan ingatlah juga firman Allah yang mafhumnya:

" dan barang sesiapa yang mensyukuri nikmat kami (apa yang telah kami berikan), nescaya akan kami tambahkan"



oleh itu, janganlah saudara dan saudari sekalian bersedih dengan natijah yang menjadi kenyataan..bukan ingin menyindir sesiapa, tetapi hanya untuk mengingati..

Tahniah saudara dan saudari

Tahniah sahabat.Sekolah al-munir telah memperoleh 87.5%lulus.Seramai 9 orang yang mendapat 5a.9 orang 4a 1b dan seorang 3a 2b.orang yang mendapat 5a:-

1.AINUN NAJWA
2.MUHAMMAD AMIN
3.MUHAMMAD FAIZ HUSAINI
4.MUHAMMAD HARITH EHSAN
5.MUHAMMAD HAFIZUDDIN SYAHMI
6.MUHAMMAD IQBAL
7.MUHAMMAD IKHWAN
8.NUR WAHIDAH
9.NUR ATIQAH

4a 1b:-

1.MUHAMMAD HAZIQ
2.MUHAMMAD AZAMUDDIN
3.MUHAMMAD HAZIM
4.NAUFAL
5.NOR HANA AINI
6.HANANI HANIS
7.SYAMILA AZIZAN
8.MUHAMMAD HARRIZ
9.NURUL NASYUHA

yes!!!!!

keputusan upsr keluar esok.so,be happy.malam ni solat hajat.aku mintak maaf selaku murid yang paling over,pada semua orang yang kami buat salah padanya.so,all the best

GEMPAK SAMBIL LEPAK

Tadi,sekolah kitaorang buat jamuan.Seronok.....Macam ni,kita main aising kek,pastu tembikai,pastu pintu surau pecah sebab aku ngan ikhwan terjah.pastu,ustaz sanusi pegi masjid.Dia,selamba je pakai singglet.ha...ha...ha...lawak.